Masalah sosial dalam kalangan
remaja merupakan fenomena yang semakin membimbangkan kita pada hari ini.
Masalah seperti penagihan dadah, salah laku pelajar, pergaulan bebas dan
sebagainya semakin berleluasa dan kian meningkat. Terdapat banyak faktor yang
menyebabkan berlakunya masalah sosial dalam kalangan remaja ini.
Salah satu daripanya ialah krisis
keluarga yang menyebabkan kawalan sosial ke atas anak-anak diabaikan. Ibu bapa
yang sering bertengkar sudah pasti tidak dapat mengasuh dan mendidik anak-anak
mereka dengan baik dan sempurna. Keadaan ini bertambah buruk apabila ada dalam
kalangan ibu bapa yang sibuk dengan tugas mereka di pejabat sehingga
mengabaikan tanggungjawab mereka untuk mengawasi tingkah laku anak-anak mereka.
Akibatnya, terdapat anak-anak yang melarikan diri daripada rumah, bergaul
dengan rakan-rakan yang tidak sepatutnya
dan dari situlah bermulanya segala masalah sosial yang disebut di atas.
Di samping ibu bapa, masalah ini
juga berpunca daripada pengaruh media massa. Dalam zaman teknologi yang
berkembang pesat ini, para remaja mudah terdedah kepada pelbagai pengaruh yang
negatif melalui internet dan banyak saluran yang laim sehingga minda mereka
mudah diracuni oleh unsur-unsur yang kurang sihat. Di sampin itu, tuntutan
modenisasi yang turut memberikan tekanan kepada remaja yang inginkan kebebasan
untuk lepas daripada kongkongan ibu bapa dan menuntut hak individu juga
memyebabkan remaja menolak autoriti ibu bapa yang mengawal tingkah laku mereka.
Masalah sosial ini juga berkait
rapat dengan kemerosotan disiplin di sekolah. Disebabkan ada segelintir pihak
sekolah yang tidak mengenakan hukuman yang tegas terhadap pelajar-pelajar yang
melanggar disiplin, maka mereka ini akan berani untuk melakukan perbuatan yang
sama. Tabiat buruk ini akan dibawa oleh mereka apabila meninggalkan bangku
persekolahan kelak. Hal ini sudah tentu akan memberikan persepsi yang negatif
oleh masyarakat terhadap mereka dan juga menyukarkan proses kemasukan ke
pendidikan tinggi serta alam pekerjaan memandangkan testimoni pelajar oleh pihak
sekolah bersifat negatif.
Kesan daripada masalah sosial dalam
kalangan remaja ke atas diri mereka ialah mereka akan dipandang serong dan
dicemuh oleh masyarakat sekeliling. Sebaliknya, kebanyankkan remaja muslim pada
hari ini tidak mengikut ajaran islam yang sebenarnya, sebaliknya memalukan
agama, bangsa dan Negara. Selain itu, kesan kepada keluarga ialah institusi
kekeluargaan akan runtuh dan hilangnya kebahagian dan keharmonian. Kemudian,
kesan kepada masyarakat ialah, masyarakat
di negara ini akan menjadi porak-peranda, berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
Hal ini akan berlakunya pergaduhan dalam
masyarakat. Isu-isu perkauman akan wujud seandainya pergaduhan ini melibatkan
antara dua kaum. Sekaligus kadar jenayah dalam kalangan masyarakat juga akan
meningkat yang mana hal ini disebabkan oleh kadar keruntuhan akhlak di kalangan
remaja semakin meningkat. Akhir sekali, kesan kepada Negara ialah negara akan
kehilangan pelapis generasi kepimpinan pada masa hadapan. Selain itu, kadar
jenayah dalam negara juga akan meningkat sejajar dengan peningkatan gejala
sosial ia sekaligus meningkatkan kos perbelajaan kerajaan untuk mengurangkan
kadar jenayah.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengurangkan
masalah ini ialah ibu bapa mestilah memantau dan mengambil berat dengan setiap
aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Hal ini demikian kerana pada masa ini
ibu bapa lebih banyak mementingkan kerjaya dan wang berbanding meluangkan waktu
bersama-sama anak-anak di rumah bak kata pepatah ‘kera di hutan disusukan, anak
di rumah mati kelaparan’. Lantaran itu, anak-anak akan mudah untuk melakukan
perkara-perkara yang tidak baik. Selagi ibu bapa kurang memberikan perhatian
kepada anak-anak, selagi itulah perkara ini tidak boleh diselesaikan.
Selain itu, setiap individu mestilah
pandai dalam memilih rakan. Hal ini demikian kerana remaja pada masa ini lebih
banyak membazirkan waktu mereka bersama-sama rakan-rakan sebaya hanya untuk
menginginkan kebebasan. Implikasinya, remaja-remaja akan terjerumus dalam
melakukan aktiviti yang tidak sihat. Tamsilnya, mereka akan mengikut
kumpulan-kumpulan gangster dan sebagainya. Jika perkara sebegini masih
berleluasa maka kes-kes seperti ini tidak akan berkurangan.
Di samping itu, pihak kaunselor
sekolah juga perlulah mengambil inisiatif dalam membendung masalah ini dengan
cara mengadakan program yang berkaitan dengan masalah pelajar di sekolah. Hal
ini disebabkan kerana remaja sekarang lebih suka membuang masa dengan melakukan
perkara-perkara yang tidak berfaedah berbanding menyertai program yang memberi
keinsafan dan pengajaran. Dengan ini, pelajar yang bermasalah akan berminat
untuk menyertai program yang diadakan ini. Sebagai contoh, guru kaunselor
mestilah dapat menarik minat pelajar-pelajar tersebut dengan cara berjumpa dan
memberi nasihat kepada pelajar itu. Dengan adanya cara sebegini, remaja-remaja
akan berubah dan insaf jika mengikuti program tersebut.
Konklusinya,para remaja mestilah
mengelakkan diri daripada terlibat dalam masalah sosial.Selain itu, masyarakat
juga mestilah prihatin terhadap setiap aktiviti yang dilakukan oleh remaja.
Sekiranya perkara ini diambil berat, gejala ini dapat diatasi dengan mudah.
Jelaslah bahawa peranan dan tanggungjawab semua pihak sangat penting bagi
mengurangkan berlakunya gejala gangsterisme bak kata peribahasa ‘tepuk sebelah
tangan tidak berbunyi’.
Sumber:
- http://www.panduanmalaysia.com/2013/09/contoh-karangan-bm-pmr-masalah- sosial.html
- http://aaronnavit.blogspot.my/2015/12/karangan-spm-masalah-sosial-dalam.html
- http://ummicikguadda.blogspot.my/p/gejala-sosial.html